Thursday, December 16, 2010

my specialty (black and white logo)


 Detail: design in another design 
Influence: straight edge design
Date of finish: 15 October 2010


 Detail: Logo for band. work with vector          
Influence: Boston Hardcore Band (Since the Flood)
Date of Finish: 26 August 2010


Detail: Tigers strike out
Influence: La Coka Nostra
Date of finish: 15 December 2010


Detail: Friend stand and never alone
Influence: Old Skool Tattoo
Date of Finish: 24 November 2010



2010 artwork has been complete.
create by zannxcrack
Interested to book any design? send your message to my facebook account
Please specify how the layout and the features that have wanted

Saturday, December 4, 2010

Aku ni membosankan?

jika anda lihat dari tajuk diatas, sudah pasti anda akan terbayang seseorang yang sememangnya tiada sifat peramah. Hmm..sekali pandang mungkin ade kot..and the second time also..tapi kali ketiga tak kot..(*haha)
saya memang sering di kaitkan dengan perkataan diatas..sebabnya??

1.Aku tak suka fikirkan benda2 remeh.
2.malas nk ambil tahu psl orang lain.(*nnt di cop bz bodi lak)
3.banyak lagi kerja yang aku boleh buat selain dari membebel.
4.perlukah aku membangga2kan diri sendiri?
5.perlukah aku jd orang lain?sedangkan diri aku sendiri memang camni?

dalam kelima2 ayat2 di atas..semua itu adalah benda2 yang aku kurang berkenan. Pernah seseorang (*gadis) cakap kat teman serumah dgnku yang aku i membosankan..hmm..(*cik akak oi..nape tak reti nk ckp depan2?)perlu ke bermuka2?kalau ckp terus kan senang.(*paling tak pun taching je..2 3 ari ok blek)pe nk di risaukan?aku bukan puak yang suka berdendam..banyak lagi kerja lain yang berfaedah yang aku bley bwt selain dari berdendam dengan orang lain..da la bley memudaratkan diri aku sendiri..sry la guys..aku bkn pendendam..nk ckp ape..ckp la..aku tak kesah..

Like i care?

Saturday, November 20, 2010

Pengorbanan mereka tiada terbalas

Dalam beberapa hari yang aku lalui, semasa cuti beraya haji. Ramai yang sibuk melakukan ibadah korban, dan pada masa yang sama mindaku teringat sesuatu tentang pengorbanan. Ya, jarang sekali aku berfikir hingga ke tahap ini. Selepas hari raya haji berlalu aku telah memikul tanggungjawab untuk menjaga ibuku di hospital. Ketika di hospital hatiku telah terdetik untuk menaip artikel ini. Sedang aku duduk berehat di "lobby" hospital, aku telihat seorang makcik yang berusia dalam anggaran lebih kurang 70an(*men agak je,sbb dia mmg da tua) sedang sibuk membeli sesuatu untuk anaknya sekali gus memberi inspirasi untuk menaip blog ini. Dalam usia yang amat lanjut,beliau masih lagi mampu memerah keringat menjaga anaknya. Jauh di sudut hati aku tertanya2, kalau seorang ibu mampu berkorban untuk anaknya, adakah apa yang aku lakukan ini memadai jika dibandingkan dengan pengorbanan ibuku?. Segala lelah dan penat yang aku lalui semalam,hari ini, dan esok dapat menandingi letih dan lelah seorang ibu membesarkan anaknya? walaupun dalam keletihan namun segala rungutan aku telah ditepis jauh oleh apa yang sedang aku fikirkan. Jika hari ini aku melihat ibuku terlantar di katil hospital, menyuapkan makanya,menukar lampin yang di pakainya. Pernahkah aku terfikir tentang masa lalu, ketika aku masih lagi seorang hingusan? ketika aku tidak tahu membezakan mana baik dan buruk. Di situ juga aku hampir sebak setelah terfikir bagaimana besarnya pengorbanan seorang ibu. Aku juga berharap agar suatu hari nanti aku sempat membuktikan pada ibu bahawa aku boleh menjadi seseorang yang berguna dan menjadi insan seperti yang dia harapkan.

Seburuk-buruk mana pun. Dia tetap ibuku


ayah..kau sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat anak mu berjaya..terima kasih kerana mengajar aku menjadi insan yang tabah dan berjiwa kental sepertimu. Aku mengerti apa yang kau cuba sampaikan kepadaku. Aku juga akan menurunkan apa yang telah kau ajar kepada waris ku pada masa akan datang.
insyaallah..

THANKS DAD..


zann : tanpa kamu siapa lah daku..thx mom and dad..


                                              
                                            anak beranak yang dah tak de kerja cmni lah            

                               
                           
                                Zann : mereka berdua memang serasi 
                                Rosminah Bersama Sulaiman (having a goodtime together)

Saturday, October 30, 2010

Selamat Tinggal 20an

hmm..saat berlalu dengan pantas..
tak terlintas di minda ini yang aku masih leka..
dengan permainan dunia..sedangkan aku semakin meningkat dewasa..
21..usia baru bagiku..zaman ke remajaan hampir tamat..
kini masanya telah tiba..untuk mencari apa yang sepatutnya..
selamat tinggal 20..

haha..sekarang aku da menjangkau usia 21..
aku da tidak perlu bermain..walaupun begitu aku tak pernah merasa tua.
usia muda sentiasa membara..bak kata seorang sahabatku..
walaupun usia tua.tapi aku tak pernah merasa tua.
haha..kelakarla ko orang tua..
kepada para sahabat ku yang ku cintai..
thx la wish hari lahir aku..
aku bbtol terharu..yang jauh mahupun dekat..
korg tetap best..

cheers!!~

Wednesday, October 6, 2010

mungkin kata hati dan mungkin puisi

hari baru yang akan kau lalui
usah mencari
terkapai2 dan masih hanyut dibuai mimpi 
lena mu dipelukan
sedangkan hari tak berhenti berjalan
aku bukan hebat untuk berdebat
sekadar tahu hukum dunia serta akhirat
aku kejam dan aku jahat.
tetapi aku masih lagi tahu apa yang ku buat
berdalih berdalih sampai mulut berbuih
nasihat kau curah pada ku itu membazir
kau hina diriku itu yang selalu ku terima
walaupun ajaran yang kau terima lebih dari 35
renjatan kejutan itulah kata yang kau ucapkan
pandanglah ke cermin sebelum kau beri syarahan
aku suka berpesta hingga tidak sedar
walaupun perut ku kosong lagi sanggup berlapar
hmm.kini keseorangan baru ku sedar apa itu erti kawan
bukan buat lawan macam kena sawan
semua kau terima walaupun tak sanggup di hina
baru kau sedar siapa aku yang sebenar

dahulu kau selalu hina aku kerana gaya rambutku
kepala senget berat sangat macam penyapu 
hei hei.sedarlah wahai saudara
hukum alam akan berputar macam lah roda
hari ini kau senang 
hari ini kau menang
esok lusa pasti hariku akan datang

fikirkanlah
sebelum terlambat

Saturday, September 11, 2010

Ikut ikutan

suatu hari sebelum ketibaan bulan syawal, rmai yang sibuk mencari sesuatu yang mereka perlukan untuk menyambut hari raya. Dalam kesibukan itu juga golongan yang gemar berfesyen akan menyibukan diri mereka untuk mencari keperluan hari raya.Lengkap dengan baju, seluar, kasut dan tidak terkecuali topi kerana mengikut peredaran zaman. Ketika dalam kesibukan orang ramai aku sempat memerhati gelagat beberapa kelompok remaja berjalan dalam kumpulan seolah2 seperti kumpulan gagak yang sedang mencari makanan. Bila diperhatikan, saya baru perasan yang mereka semua berpakaian seakan2 sama.

Beza antara mereka hanyalah warna pakaian mereka. Ia membuatkan aku tertawa kecil kerana melihat karenah anak2 muda sekarang, ia tidak ubah seperti boria(*haha). Kerana mengikut peredaran zaman, mereka sanggup berpakaian sama dan tidak menghiraukan pandangan yang bakal di lontarkan oleh orang lain. Dalam keadaan itu juga aku telah singgah ke beberapa kedai untuk mencari keperluan ku, seperti orang lain juga aku tidak terkecuali untuk mengambil kesempatan ini. Namun aku hanya merasa hampa kerana apa yang aku cari tiada, kemudian aku meneruskan perjalanan sebelum menunggu waktu berbuka puasa. Semasa dalam perjalanan aku terlihat sepasang kasut buatan luar negara yang mempunyai harga mencecah nilai ratusan ringgit.

Pada masa yang sama aku terfikir adakah barangan yang mempunyai harga yang agak mahal(*aku rasa boleh bwt duit mkn 1/2 bulan) itu laris dipasaran?. Ternyata ia benar kerana jenama itu menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. Bukan hanya golongan berada sahaja, malahan golongan sederhana juga tidak terkecuali. Ketika sedang berfikir aku teringat sesuatu tentang jenama kasut itu, ia adalah jenama kasut yang sering dipakai oleh artis2 dari luar negara dan juga artis2 hangat pada masa ini jadi tidak hairan lah jika ia menjadi ikutan golongan remaja zaman sekarang. Yang menjadi persoalanya sekarang ialah mengapa mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk kelihatan 'up to date' sedangkan dengan nilai wang untuk membeli kasut kasut tersebut mereka boleh membeli banyak lagi barangan lain.

Pada pandangan ku, mereka2 semua tidak ubah seperti kingkong dalam filem
yang di tayangkan di pawagam.Apa yang sama ialah perwatakan kingkong dalam cerita tersebut. Jika anda perhatikan betul2 dalam siri kingkong, haiwan tersebut jatuh cinta dengan wanita inggeris sedangkan kingkong adalah haiwan ganas dan telah membunuh ramai gadis tempatan yang dihantar ke hutan tersebut. Bagaimana haiwan ganas seperti itu boleh jatuh cinta dengan wanita inggeris? ini telah membuktikan bahawa golongan pembeli sekarang ini hanya membeli produk yang hanya dipakai oleh orang inggeris. Minda orang sekarang ini hanya tertumpu kepada jenama atau barangan yang di gunakan oleh orang inggeris, atau lebih mudah di sebut sebagai budaya ikut-ikutan.

Jika di pandang dari perspektif lain,mereka juga boleh diketegorikan sebagai golongan tidak berpendirian kerana mereka tidak berani mencuba produk tempatan yang pada hakikatnya jauh lebih berkualiti dari barangan 'import'. Mereka hanya tahu mengikut sahaja tetapi tidak berani mencuba dan takut di perlekehkan oleh kerana menggunakan barangan tempatan. Kesudahannya sekarang barangan buatan tempatan semakin berkurangan dan pengeluar2 bumiputera tidak sanggup menanggung kerugian. Dan hari demi hari ekonomi negara semakin teruk sehingga pada satu tahap boleh menjadi punca utama ekonomi negara di dominasi oleh negara luar.

Kesimpulan dari topik diatas kita haruslah menjadi berani dan jangan hanya berani mengikut sahaja tetapi berani mencuba. Kita juga tidak perlu membangga2kan produk yang dari luar negara kerana produk negara kita juga sebenarnya mampu bersaing dengan produk luar negara dan boleh di katakan jauh lebih berkualiti dari produk luar.Setelah puas aku berfikir,dan segala persoalan terjawab.Kedengaran suara azan berkumandang dan telah tiba waktu berbuka puasa. Jadi kepada mereka2 yang suka membanggakan2 produk dari luar negara ingatlah. Bila Negara dah di kuasai oleh luar seperti suatu ketika dahulu, Baru la korang taw.jgn nk membantah je..sendiri mau ingat la..

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin
kpd semua yang beragama islam.

Baca dan renungkan.

Kehidupan dunia moden semakin mengasak kita. Mata kita akan terus dikelilingi oleh imej, gambar, ikon, logo atau papan-papan tanda. Kota-kota kita berselirat dengan papan tanda dan papan iklan. Ada pelbagai imej yang terpaksa kita hadapi. Ada papan iklan yang didirikan sehinggakan anak mata kita tidak dapat mengelak melainkan memandang atau membaca iklan tersebut. Semua imej-imej ini membawa semiotik – tanda dan makna.

Hari ini imej iklan yang bergerak telah juga dipasang di persimpangan jalan. Telah wujud papan iklan seperti layar putih yang luas terpampang di persimpangan jalan. Papan sebegini ditujukan untuk pemandu yang akan berhenti semasa lampu isyarat menjadi merah. Para pemandu tidak dapat tidak akan “dipaksa” memandang iklan-iklan ini. Mungkin untuk para pengiklan mereka menganggap diri mereka bijak tetapi untuk saya memasang iklan di persimpangan jalan ini samalah seperti seorang peniaga Bumiputera menerima “pink form” – hanya menunggu untuk mendapat untung tanpa berfikir banyak.

Papan-papan iklan yang terpampang semakin bertambah besar dan kelihatan bersepah-sepah terutama di pusat kota. Kini iklan bukan hanya dipasang di persimpangan jalan malah di dinding-dinding kedai papan iklan terpampang sehinggakan kedai-kedai ini hilang ditutupi oleh papan iklan. Hasilnya kota kita Kuala Lumpur yang telah tidak teratur semakin kelihatan berserabut.

Ada satu perkara yang saya perhatikan tentang iklan-iklan ini. Saya ingin berkongsi sama tentang apa yang saya perhatikan ini. Perkara yang ingin saya timbulkan ialah tanda dan makna yang dibawa oleh wajah atau imej-imej dalam iklan-iklan yang semakin berselerak ini. Contoh yang paling jelas ialah di persimpangan jalan di hadapan Dewan Bahasa Pustaka dan di pinggir padang Victoria Institution.

Papan iklan ini cukup besar. Gambar wajah dalam iklan cukup jelas tetapi apa benda produk yang ingin dijual kelihatan tidak tentu hala. Mungkin ini iklan untuk satu jenama sabun atau jenama alat pencuci tandas. Yang luas terbentang ialah wajah anak-anak muda Mat Salleh – lelaki dan perempuan. Wajah-wajah Mat Salleh yang memberahikan ini terpampang besar. Lalu saya timbulkan persoalan kenapa menggunakan wajah Mat Salleh untuk alat pencuci tandas?

Bila persoalan ini timbul maka kita wajib memahami ideologi – tanda dan makna – yang sedang disebarkan oleh si pembuat iklan ini. Iklan ini dibuat hasil kerja individu atau syarikat iklan tempatan yang pemikiran mereka masih lagi dijajah. Mereka ini adalah hasil pengalaman pembudayaan pasca kolonial. Ketika Tanah Melayu di jajah dahulu, Mat Salleh telah menjadi tuan kepada kita. Bila keadaan politik berubah, Mat Salleh penjajah ini akhirnya meninggalkan Tanah Melayu dan Malaya menjadi merdeka. Tetapi kuasa penjajah ini telah berjaya membentuk satu ruang pemikiran di mana apa sahaja yang berkaitan dengan Mat Salleh akan dianggap baik. Iklan-iklan ini bergerak dalam sejarah budaya ini.

Justeru, wajah-wajah Mat Salleh yang digunakan untuk menjual serbuk pencuci tandas memberi makna bahawa jenama pencuci tandas ini adalah baik. Wajah Mat Salleh yang diletakkan berhampiran dengan alat pencuci tandas menjadi tanda bukti bahawa produk ini cukup unggul. Kalau produk ini “cekai” pasti si Mat Salleh yang memberahikan ini tidak akan duduk di sebelahnya.

Saya memberikan nama baru untuk budaya ini – budaya King Kong. Untuk memahami apakah itu budaya King Kong maka kita wajib membuat rujukan kepada naratif filem King Kong yang sedang ditayangkan di panggung ketika ini. King Kong dalam filem ini berasal usul dari Pulau Borneo – ertinya King Kong datang dari wilayah kita. King Kong ini berbadan tegap, besar dan tinggi. King Kong yang berkulit hitam ini juga memiliki tenaga yang amat luar biasa. Sayangnya hidung King Kong ini kemek dan tidak mancung.

Dalam filem ini si King Kong selalu mengharu-birukan dan mengacau penduduk tempatan. Untuk memenangi hati King Kong ,orang-orang kampung telah memberikan anak dara sebagai upahan agar dia tidak mengganas. Tetapi King Kong terus juga mengganas dan mengganggu kehidupan orang kampung.

Keadaan berubah apabila satu kumpulan Mat Salleh dari Amerika datang ke Borneo untuk membuat penggambaran sebuah filem. Kumpulan Mat Salleh ini telah sampai ke kampung King Kong. Orang-orang kampung telah menangkap seorang perempuan Mat Salleh dan dihadiahkan kepada King Kong. Si Perempuan ini ialah pelakon utama dalam filem yang sedang dibuat ini. Bila King Kong menerima perempuan Mat Salleh semuanya berubah.

Secara tiba-tiba King Kong yang berkulit hitam, berhidung kemek dan gagah perkasa telah dapat dipermain-mainkan oleh seorang perempuan Mat Salleh berambut “blonde”. Dengan hanya meloncat dan menari-nari si “blonde” ini telah dapat menawan berahi si King Kong. Maka filem King Kong ini beralih untuk menjadi naratif cinta tiga segi. Tiga segi kerana si Minah Mat Salleh ini juga sedang dicintai oleh seorang penulis Mat Salleh yang datang bersama dari Amerika.

Cuba bayangkan berapa ramai gadis-gadis tempatan yang telah dihadiahkan oleh orang kampung kepada King Kong. Gadis-gadis tempatan berkulit hitam ini bukan sahaja telah dibunuh tetapi mereka telah juga dijadikan bahan makanan oleh King Kong. Apabila King Kong berhadapan dengan gadis Mat Salleh berambut “blonde” tiba-tiba King Kong menjadi lemah dan bodoh.

Persoalan timbul, kenapa King Kong tidak jatuh cinta dengan gadis tempatan? Kenapa gadis tempatan dibunuh? Inilah yang saya dipanggil budaya King Kong – budaya yang senang dipengaruhi oleh apa sahaja yang berbentuk Mat Salleh. Budaya King Kong akan melihat produk tempatan – jam, radio, kereta, termasuk gadisnya atau apa sahaja – tidak cantik dan tidak menarik seperti produk Mat Salleh.

Pemilik budaya King Kong ini tidak memiliki budaya jati diri yang kukuh. Mereka akan merasa kecil diri jika mereka tidak berasosiasi rapat atau dikelilingi oleh dengan benda-benda produk Mat Salleh. Barang-barang buatan tempatan dilihat tidak bermutu, kokak dan dipandang rendah.

Untuk saya King Kong juga adalah “sarong party boy”. “Sarong party boy” ini adalah konsep di mana lelaki Asia yang berkulit hitam akan menolak gadis tempatan kerana mereka gilakan gadis-gadis Mat Salleh. Di Kuala Lumpur sarong party boy atau sarong party girl selalu dilihat berpeleseran di kalangan komuniti “ex-pat Eropah” yang bekerja di negara kita. Mereka ini samalah seperti King Kong di mana berahi sekualiti mereka telah dijajah oleh Minah atau Mamat Mat Salleh.

Dari segi ilmiah budaya King Kong adalah salah satu bentuk budaya pasca kolonial. Dalam budaya pasca kolonial fikrah warga negara bekas tanah jajahan masih lagi terjajah. Mereka belum dapat membebaskan diri mereka dari dipagari oleh rupa bentuk Mat Salleh. Penjajahan ini dapat diteruskan melalui berahi seksualiti. Jika berahi seksualiti mereka telah dijajah maka fikrah mereka akan turut sama terjajah.

Teknik berahi seksualiti inilah yang telah dapat menundukkan King Kong yang gagah perkasa. King Kong ditundukkan oleh “dumb blonde” dari Amerika. Justeru jika hari ini kita melihat gambar wajah Mat Salleh terpampang sebagai tanda iklan maka sedarilah bahawa pengiklan ini sedang cuba menjadikan kita “sarong party boy/girl”. Iklan-iklan dipaparkan untuk menjajah berahi seksualiti kita. Iklan-iklan ini ingin menjadikan kita hilang jati diri. Iklan ini mahukan kita sangsi terhadap budaya dan produk tempatan. Akhirnya kita menjadi lemah mandul dan dipermain-mainkan untuk menjadi sekor beruk seperti King Kong.

p/s: renungkan2 lah
-di petik dari blog jezz anwar mashhar-