Friday, January 10, 2014

Bebelan Kosong Dari Hati

aku hampir mati
kehidupan membuat aku hampir mati
luaran aku kelihatan gembira
dalaman hati tiada seorang yang tahu
penawar bagi ketenteraman jiwa telah aku temui
tetapi sebilangan dari mereka membuat aku rasa pahit untuk menelan
aku kembali ke jalan lama yang aku lalui
teruskan mencari demi mencari
namun tidak aku temui
kehidupan yang aku lalui membuat aku rasa seperti aku telah mati
aku selalu menangis di hadapan yg maha esa dan maha berkuasa
merintih meluahkan apa yang aku rasa
kehidupan membuat hati aku di penuhi rasa benci dan ingin mati
aku selalu bergelak ketawa
menutup segala perit dan pedih yang aku rasa
ujian demi ujian
dugaan demi dugaan datang menerpa
membuat aku terdiam bisu tanpa sepatah kata
lafaz akhir sebelum menutup bicara 
aku cuma mahu hidup seperti mana hidupnya seorang manusia biasa



No comments:

Post a Comment